Assalammualaikum, lama cm tak bikin pajeri terung...errr..ke paceri terung eks?..Konpius kadang2, siap ada yang tanya cm, yang mana satu betul, pajeri ke paceri?..Hmm, payah gak nak jawab sebab ada setengah2 tempat panggil pajeri, dan ada pulak tempat lain panggil paceri..Tapi ia benda yang sama, jadi tak payah lah nak konpius sangat, bukan masuk dalam soalan peperiksaan pun. Yang ni cm masak semalam. Plan asal nak bikin terung berlado macam tu hari, tapi asyik benda yang sama je. Teringat kat Bak, dia memang suka pajeri terung, ok cm kasi masak pajeri lah. Bukan susah mana, simple sangat. Satu je pajeri yang ni cm tak de campur udang kering, sebab Bak kan masih pantang, elok2 dia ok, sebab nak sedap ada gaot kembali nanti. Apa2 pun ia tetap masih sedap dan. Cm guna 5 biji terung organik "sakura pearl" dan setiap satu cm belah dua sahaja. Dan seperti anda sedia maklum, pajeri selalunya agak manis, yang ni anda pandai2 lah yea ikut citarasa masing2...Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu, belah 2 setiap 1 dan rendam
2 camca besar rempah kari ikan (baba's)
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
100 ml santan pekat (cm guna santan kotak)
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan rempah kari ikan dengan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan asam gelugor dan santan pekat serta sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Kacau rata. Tambah kerisik dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa. dan sedikit garam. Masukkan terung (toskan) dan cili merah/hijau, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.