Salam petang semua, 2-3 hari lepas cm mengidam nak makan kek lobak merah atau carrot cake. Tapi malangnya stok lobak merah takde, yang ada cuma sebiji sengkuang. Jadi bila dah ada (maksudnya dah beli), terus on projek kek lobak merah. Seperti biasa, cm bila rasa serasi dengan satu2 resipi, cm akan kekalkan mengguna resipi itu. Salah satunya resipi kek lobak merah yang ini. Cm dapat dari blog Kak Ida, dan 2-3 kali juga cm dah buat. Rasa dia, hmmmm, serius sedap, kalau tak, takkan cm guna resipi yang sama. Kek loba merah agak mudah membuatnya dan resipi ini hanya guna minyak jagung, kalau takde, anda bole ganti dengan minyak canola atau jika darurat sangat, hentam guna minyak sawit pun boleh, cuma ada beza dari segi rasa...
Satu cm nak pesan, kalau anda nak rasa macam cm tulis dan gambarkan, sila jangan skip mana2 bahan untuk kek. Untuk topping kek, guna cream cheese dan memang ngam sangat dengan kek lobak merah ni. Ada sedikit dehaka cm lakukan, tapi bukanlah mencacatkan dari segi rasa, malah cm boleh katakan ia menambah lagi kesedapannya. Bila dah bikin kek lobak merah hiasan pun kena lah ada ciri nama kek tadi. Maka dengan rajinnya cm gentel fondant icing untuk dijadikan lobak merah. Sebenarnya cm bukan tak suka buat benda2 tu, tapi aku ni jenis kurang sabar, kang kalau datang angin tak ok, tah apa2 yang jadi. Fondant tu anda boleh beli, dan asalnya kaler putih, jadi anda kasi warna yang sesuai dan bentukkan...atau anda boleh hias ikut kreativiti anda....Ok resipi seperti berikut..tapi sebelum tu, cuba anda singgah dan tengok kek ini....amacam, seksi kan?...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
- UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.