Assalammualaikum, salam Selasa...cuaca mendung kat Sedenak sekarang ni, tapi nasib baik sempat baju semua kering. Hari ni mat blurr sikit, tatau nak masak apa. Kata bonda masak yang mudah pun ok dah. Jadi cm mulakan operasi menyelongkar apa yang ada. Kebetulan beberapa hari lepas cm ada beli sebiji labu manis, plan asal nak bikin kuih bakar labu, tapi tak berapa nak rajin sangat atau dalam erti kata lain, malas...hehe. Jadi hari ni cm korbankan labu tadi, dimasak lemak campur kacang panjang. Kira menu ala2 kampung lah ni. Cuaca pulak mendung, memang sesuai sangat lah dengan apa yang cm masak....kita sambung cerita di bawah.......


Kebiasaannya cm kalau masak labu, cm akan campur dengan kacang panjang atau sayur2 lain, seperti bayam atau pucuk paku. Dan seperti anda tahu, labu sejenis sayuran/buahan berunsur sejuk, maka cm tambah lada hitam. Dan nak kasi aroma dia lebih sedap dan harum, titikan serai serta masukkan daun kunyit yang disiat. Terpulang samada nak guna serai sahaja atau daun kunyit sahaja, cm suka guna dua2 jenis (dan ada yang letak daun selasih)....Kemudian, kita goreng ikan pulak. Anak ikan bawal memang cm suka, nak2 bila digoreng garing...sedaappppp!!!..


Satu lagi feberet cm ulam2man, seperti pegaga, selom, ulam raja (seperti gambar atas) dan lain2. Daun ulam raja ni kena pilih yang muda kalau tua, ia agak keras dan berhampas masa makan nanti. Semalam cm kan pergi ke Endau, Mersing, jadi ada beli buah kuini, cm ambik sebiji dan ku debik jadikan sambal belacan....perghh, serius boleh pengsan okeh bila makan sama ikan goreng, labu masak lemak dan ulam. Kadang2 yang simple itu lagi menyelerakan. Untuk entri ini cm tak tulis resipi lah yea, lagi pun bukan apa sangat cuma masak lemak labu manis resipi (di sini) dan sambal belacan buah kuini saja...Terima kasih sudi singgah dan baca entri biasa2 cm ini....Salam sayang semua.