Quantcast
Channel: Dapur Tanpa Sempadan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522

LEMPENG SUSU CAIR....YANG LEMBUTT....

$
0
0
rsz_lempeng_susu_cair
Pandai buat lempeng pekak (atau lemping tepung yang biasa2 tuu). Bila entri che mat pasal lempeng aje, nanti ada lah yang berbunyi..."lempeng pun nak resipi keeewww?"...maklumlah ini kan cuma makanan biasa2, bukan pizza, waffle atau pun crepe durian...jadi tak yah tulis resipi pun takpe. Apa yang che mat tau lah kan, yang tak suka nak resipi tu, ialah mereka lebih suka tengok aje gambar semata, nak mencuba tu belum tau. Tapi takpe anggap aje satu hari nanti bila keadaan memerlukan, maka mereka akan mula mencuba. Apa yang che mat letak kat blog tak kesah lah resipi telur dadar sekali pun memang nampak 'tah hapa2'...tapi percayalah, ada yang masih tak tau atau kurang yakin nak buat. Dalam dunia ni kita tak terus pandai, kena belajar...Nak berjalan pun kita belajar..merangkak, bangun jatuh dulu, bukan beranak2 terus boleh jalan atau berlari (kecuali dengan izin Allah swt). Jadi che mat persembahkan lempeng susu cair yang lembut dan sesuai untuk mereka yang kurang gigi....errrkk...terasa mat gebu...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair 
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), optinal
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam dan sambal tumis. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (che mat tak guna baking powder untuk resipi ini). Tapis dan rehatkan adunan sebentar...
  2. Panaskan non-stick pan (che mat guna pan saiz 9 inci), lenser dengan minyak makan. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng2kan pan, agak adunan merata. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari pan, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan..
  3. Hidangkan bersama sambal tumis atau apa saja yang anda suka. Banyak mana anda dapat bergantung pada saiz pan yang anda guna..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak ganti susu cair dengan susu segar pun boleh atau ganti dengan santan. Kalau guna santan kotak, anda guna 1/4 cawan sahaja dan selebihnya guna air. Kacau rata2 dan tapis adunan tadi. Serbuk bawang tu anda boleh di Tesco dan pasaraya2 besar... Selamat mencuba!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522