(gambar kredit pada blog ini)
Assalammualaikum, che mat tiba2 rasa kagum dengan dengan DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar al-Haj.. Bukanlah sebab beliau puteri dari Johor (adinda kepada Sultan Johor sekarang), tapi sikap beliau yang begitu merendah diri tanpa mengira darjat dan kedudukan, turut bersinsing lengan bersama2 memasak untuk mangsa banjir. Che mat rasa TPP (Tengku Puan Pahang) bukan nak kan pujian atau sangjungan, tapi TPP puya hati yang luhur dan rasa kasih kepada rakyat negeri Pahang yang ditimpa musibah banjir sekarang ini..beruntunglah anda punya bakal Sultanah yang bersikap amat2 sederhana dalam pergaulan dan sanggup turun padang untuk merasai susah senang rakyat.....Syukur alhamulillah...
(gambar kredit pasa blog ini )
Seperti anda sedia maklum, TPP memang punya skill memasak yang cekap dan ini melambangkan kesempurnaan seorang wanita. Teringat sedikit masa dulu buku masakan tulisan TPP, tapi che mat tak berpeluang untuk mendapatkannya...huhu...kecewa juga... Bukan nak puji, ada orang kita dari golongan marhaen ni pun, tak kuasa nak bersusah payah. Tapi apa yang TPP lakukan ini ialah satu contoh yang begitu murni, secara tak langsung dapat menaikkan semangat orang lain untuk turut serta.. Tahniah TPP, moga Allah swt memberkati hidup TPP sekeluarga...Che Mat sebagai orang Johor, turut berasa bangga.. Cantik sungguh TPP berhijab, bertambah2 ayu. Anda boleh follow InstaGram TPP = @tengkupuanpahang untuk melihat aktiviti TPP memasak di pusat2 pemindahan banjir sekitar Pahang....