Quantcast
Channel: Dapur Tanpa Sempadan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522

GULAI PISANG RAJA TALUN...

$
0
0
rsz_gulai_pisang_raja_talun
Salam Jumaat semua. Pagi ni hujan sikit kat kampung cm, alhamdulillah rasa sejuk sikit tapi masih berbahang. Sejak2 ni cuaca panas yea amat, semalam je 6 kali cm mandi, nasib baik dalam bilik air guna tempayan naga, walaupun 'naga', tapi air dalamnya, dingin je..hehe. Entri pertama cm share dengan anda gulai pisang raja talun. Cm masak awal pagi tadi atas permintaan. Pisang raja talun rupa dia seakan2 pisang tanduk, tapi cm rasa pisang raja talun lagi sedap. Dan bonda suruh cm masak gulai sama tulang ikan masin kurau. Sebab saiz pisang tadi tidak besar sangat, cm guna dalam 7 biji, kalau besar guna 4 - 5 biji sudah memadai. Satu yang bess pasak gulai pisang, Ia lagi sedap dimakan keesokkan harinya, nak2 bila kuah pisang menjadi pekat. Ok takmo cerita banyak, meh cm tulis resipi dia, kalau takde pisang raja talun, gunalah pisang kari, juga sesuai...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 biji pisang raja talun
5 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi hijau, kampung
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, hiris sederhana tebal dan rendam. Tulang ikan kurau masin, dicuci bersih dan rendam 30 minit. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Tuang santan cari dan kacau perlahan. Biar mendidih dan tambah tulang ikan kurau masin. Masak sekejap dan tambah pati santan. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga pisang empuk. Tambah sedikit garam (rasa dulu dan jika perlu baru tambah lagi) dan sedikit gula.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng atau ayam goreng kunyit. Gulai ini lagi sedap dibiarkan beberapa jam sebelum dimakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522