Salam Khamis, alhamdulillah, jerebu beransur pulih, tiada lagi bau hangit. Hari ini cm laksanakan satu resipi yang memang menjadi keinginan cm nak mencuba sejak dulu lagi. Sebenarnya masakan yang anda lihat ini satu menu dari Indonesia yang berasal dari Surabaya (wikipedia). Kalau anda lihat rupa masakan rawon saling tak tumpah macam masak kicap, tapi tiada kicap digunakan dalamnya...Jadi apakah rahsia yang menjadikan masakan rawon kehitaman?..Yang tu nanti kita cerita. Bagi orang Singapura, mereka sudah biasa dengan masakan ini termasuk sebahagian orang2 Johor yang menetap di Johor Baharu dan mereka2 yang berketurunan Jawa. Cm sendiri sudah lama tau kewujudan masakan rawon tapi pada masa itu agak kekurangan sumber rujukan (sekitar tahun 90-an). Dan ada bahan2 yang agak sukar didapati terutamanya.....
...buah keluak, seperti gambar atas ini. Mungkin kurang permintaan, maka agak kurang penjual yang menjualnya. Tapi sekarang ada jual di pasar Kipt Mart, Tampoi di Johor Baharu. Petua memilih buah keluak yang cm baca dari buku Chef Florence, pilih buah keluar yang agak berat (walaupun sebenarnya ia ringan) dan goncang, jika berbunyi, tanda buah keluak kurang bagus. Cm pilih buah keluak yang bulat2 sedikit, kalau leper agak kurang isinya. Harga di tempat cm beli, sekitar RM 25 sekilo. Masakan rawon dihidangkan bersama sambal terasi atau sambal belacan dan bahan2 sampingan seperti tauhu goreng dan tempe goreng. Ada juga yang dihidangkan bersama keropok dan telur asin. Serius cm jatuh cinta dengan masakan rawon, sedap dan amat2 'sesuatu', walaupun rupanya hitam tapi rasanya, penuh dengan kenikmatan......Berani cuba?....ok cm tulis resipinya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging (guna yang sedikit berlemak)
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris
2 helai daun salam (cm ganti dengan 'bay leaf')
5 helai daun limau purut
1/3 cawan santan (opional)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
1 camca teh lada hitam biji
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh pes asam jawa
Isi dari 5 biji buah keluak (rendam dengan 1/2 cawan air panas)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
- Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut dan daun salam. Kacau dan renihkan hingga daging empuk, tambah air panas jika perlu. Bila daging empuk, masukkan santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Ada pelbagai cara memasaknya, ada yang rebus dulu daging hingga lembut, kemudian baru dimasak rawon, cm masak guna periuk tekanan dan mengambil masak kurang lebih 25 minit. Kuah rawon memang hitam, hasil dari isi buah keluak yang dikisar bersama bahan2 rempah ratus. Buah keluak cm cuci dan rendam semalaman. Kemudian ketuk dan korek keluar isinya....Selamat mencuba!!..