Salam semua, dua bulan lepas che mat dapat email dari pihak LAZADA. Mereka nak meletakkan iklan berbayar di blog che mat. Jadi che mat pun bersetuju, entri di sini. Memandang iklan tu, che mat hanya selitkan dalam satu entri masak2, jadi harga yang che mat letak pun rasanya tidak lah membebankan pihak LAZADA. Ok, semuanya berjalan lancar dan tak lama tu, che mat menerima email dari LAZADA, minta invoice agar kakitangan LAZADA dapat memanjangkan pada pihak yang berkenaan untuk menjelaskan bayaran, (bagus gileerr...pantas!!...tapi rupa2nya....). lepas dah bagi kat dia orang,che mat terus lupa pasal LAZADA, bukan sebab berlagak yea, tapi aku banyak benda nak kena fikir. Masa pun berlalu dengan pantas.....tiba2....
Che mat teringat pasal LAZADA ni balik selepas 2 bulan, check acc MayBank, tapi takde pun dari mereka, kalau ada mesti mereka inform di email pasal pembayaran. Ok, mungkin terlupa agaknya, sebab jumlah bayaran untuk che mat bukan cecah ribu2 ringgit. Hantar email....senyap lagi...takde berbalas, semalam che mat wassap pada pemilik email tersebut yang juga kakitangan LAZADA.. untuk bertanya status bayaran (seperti gambar atas ni), Mula tu ada...tapi tak lama kemudian terus lenyap dah...haishh..
Menurut kata sorang teman blogger, nama orang yang tertera di no wassap tu sudah tidak bekerja dengan LAZADA...hmmm, tak kerja sekali pun, apa salah kasi tau yang dia sekarang bukan kakitangan LAZADA lagi dan bagi lah nama kakitangan lain yang boleh aku hubungi. Dulu masa nak, beriya2...lepas tu senyap macam orang mati...Pada LAZADA aku nasihatkan, janganlah main2kan blogger seperti aku (dan mungkin juga blogger2 lain yang pernah kena)..tak boleh kah LAZADA jadi lebih profesional dan lebih bertanggungjawab?.....kami bukan blogger murahan yang boleh dipermainkan sesuka hati!!..