Quantcast
Channel: Dapur Tanpa Sempadan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522

AYAM CINCALOK YANG HARUS ANDA CUBA!

$
0
0
rsz_cincalok_ciken
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni tiba2 mood peranakan sudah mari, tapi sebelum tu, che mat dengan rasmi jadi 'datuk' bila anak buah che mat selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 hb, hari Sabtu lepas...alhamdulillah...maka aku pun sudah jadi 'tok cik'. Ok, berbalik pada menu hari ini. Che mat tak berapa nak selera menu2 lain, cuma nak makan cincalok saja, tapi tak nak makan macam biasa, nak masak dengan sesuatu. Telur dadar cencalok dah selalu bikin, rasa bosan pulak. Tapi kalau ayam cencalok, yang tu che mat tak bosan. Che mat guna 2 keping dada ayam tanpa tulang, kurang lebih 450 gram. Resipi ini agak mudah dan amat enak dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut. Kalau suka berkuah anda boleh tambah sedikit air, che mat suka ayam cincalok yang pekat dan tidak berkuah sangat. Jika anda tak pernah cuba dan inginkan kelainan, che mat rekomen ayam cincalok, pasti anda jatuh cinta....Resipi seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram dada ayam tanpa tulang (kurang lebih)
5 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 camca teh pes asam jawa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
2 helai daun limau purut, mayang halus
1 biji cili hijau, hiris kasar
1 biji cili merah, hiris kasar
1/3 cawan cincalok, toskan sedikit airnya
1 camca teh gula
Garam jika perlu (che mat tak taruk)
1 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan. Panaskan 1 cawan minyak, kemudian goreng bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus tadi hingga kekuningan dan garing. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Angkat dan toskan. 
  2. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 4 camca besar. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cencalok dan kacau rata. Masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah daun limau purut yang dimayang halus, kacau dan masak hingga pekat. Masukkan gula, jus limau kasturi, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan bawang goreng tadi, gaul rata masak sekejap, matikan api dan boleh hidangkan bersama nasi panas...Selamat mencuba!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1522