Assalammualaikum, salam Isnin. In sha Allah jika diizinkan Khamis nanti umat Islam dah mula menjalani ibadat puasa. Dan ramai juga yang che mat perasan mula dah berbelanja barang2 pesediaan untuk Ramadan nanti. Hari ni che mat tak masak nasi, sebab masih home alone dan bila sorang tak kuasa nak masak bagai, kita skip nasi dan jomm masak yang mudah, spaghetti bolognese. Sebenarnya che mat idok lee reti sangat masak2 western ni, tapi boleh lah telan asalkan halal dan tak dosa dimakan. Buatnya senang dan che mat guna 1 tin tomato dalam tin, beli jenis plum tomato, kerana tomato jenis ini kurang masam. Selain tu untuk menepati tekak melayu, ku masukkan 2 biji cili padi yang dicincang halus, pelik ke?..Relek, kita yang buat dia dan yang nak makan pun kita, betul tak? Tapi yang tu optional, tak mo pedas toksah taruk. Che mat guna 1/2 cawan daging kisar dan resipi ini untuk 2-3 orang makan. Kalau anda buat lebih pun takpe, boleh simpan dalam peti sejuk. Bila2 nak makan tinggal panaskan saja, nak2 bulan puasa nanti....Resipi seperti berikut....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan daging kisar (kalau suka lebih boleh tambah)
1 tin besar tomato dalam tin jenis 'plum tomato', diramas hancur
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 batang lobak merah, didadu
1 batang saleri, didadu
2-3 biji cili padi, cincang halus
1 camca teh lada hitam kisar
2 helai daun bay
1 camca teh herba oregano kering
1 tangkai kecil herba rosemary
1 kiub pati daging
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
BAHAN-BAHAN LAIN:-)
Spaghetti secukupnya
Herba basil untuk hiasan (che mat guna daun selasih)
Parutan keju parmesan secukupnya
Sedikit minyak zaitun extra virgin
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SOS BOLOGNESE :- Panaskan minyak zaitun dalam periuk (anggaran 4 camca besar), tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, jangan sampai hangus, masukkan bay leaf, saleri dan lobak merah, kacau rata dan masak sekejap. Sementara itu taruk daging cincang dalam tapis, kemudian cuci bawah air paip, perah sedikit dan masukkan ke dalam periuk. Kacau dan masak dengan api kecil hingga daging berubah warna.
- Masukkan tomato dalam tin, sos tomato dan sos cili. Kacau dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sekali sekala. Tambah kiub pati daging, cili padi, herba rosemary, herba oregano dan lada hitam. Kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah garam dan sedikit gula (anggaran 1 camca teh), masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK SPAGHETTI BOLOGNESE :- Spaghetti direbus dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam, rebus hingga lembut atau anda boleh ikut cara2 merebus dibungkusan spaghetti. Toskan dan gaul spaghetti dengan minyak zaitun.
- Cedok spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai. Sendukkan secukupnya sos bolognese atasnya dan ratakan. Parutkann keju parmesan atasnya, hias dengan beberapa helai herba basil, dan jika suka sebelum makan drizzle dengan sedikit minyak zaitun extra virgin dan boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sos bolognese tu anda jangan taruk garam banyak sangat, ini kerana keju parmesan tu memang dah masin, kalau anda bikin sos dia masin, tambah lagi dengan parutan keju, dah jadi 2 kali masin. Jadi berhati2 bila menggunakan garam. Selamat mencuba!!.